Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEPANYOL | Sepanyol, negara yang terletak di Eropah Barat terkenal dengan perlawanan lembunya yang meriah, cuacanya yang cerah, dan cerita istana kotanya yang menarik. Sepanyol merupakan salah sebuah negara yang paling mundur di Eropah Barat sehinggalah pertengahan tahun 1900-an. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada peladang miskin. Seterusnya, menjelang tahun 1950-an dan 1960-an, pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menukarkan Sepanyol menjadi sebuah negara perindustrian. | UMUM | |
MYRDAL, GUNNAR | Myrdal, Gunnar (18981987) ialah ahli sosiologi dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya, An American Dilemma: The Negro Problem and Modern Democracy (1944) dianggap sebagai kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara mundur telah menghasilkan penulisan berjudul Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca terlalu ramai penduduk miskin di bahagian selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan. | UMUM | |
DURBAR | DURBAR, majlis yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu melalui penubuhan Perlembagaan Persekutuan 1896. Pada asasnya, majlis Durbar dicadangkan bagi membolehkan raja-raja Melayu dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menyertai Persekutuan 1896 itu bertemu setiap tahun untuk membincangkan kepentingan bersama. Bersesuaian dengan konsep Persekutuan, negeri yang maju diharap dapat menolong negeri yang mundur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
JAKUN | JAKUN, suku kaum Orang Asli. Masyarakat ini digolongkan dalam rumpun bangsa Melayu Asli atau Melayu proto. Perkataan jakun merupakan satu konsep budaya yang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk masyarakat ini. Pada asalnya, konsep jakun digunakan untuk merujuk semua kaum Melayu Asli. Konsep jakun merupakan gabungan dua perkataan iaitu jah atau jak yang bermaksud orang, dan kun bermaksud liar, mundur dan seumpamanya. Konsep jakun ini kurang disenangi kerana mengandungi pengertian dan konotasi yang negatif. Orang Jakun turut dikenal dengan panggilan lain seperti Orang Hulu, Orang Darat, Orang Dusun dan Orang Dalam. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
|
Tesaurus |
---|
| mundur (adjektif) | 1. Bersinonim dengan merosot: meleset, menjunam, jatuh, turun, susut, surut, berkurangan, Berantonim dengan maju
2. Bersinonim dengan terkebelakang: tertinggal, tidak maju, kolot, konservatif, kuno, merosot, meleset, miskin, Berantonim dengan maju
| Kata Terbitan : memundurkan, kemunduran, |
|
|