Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang terpenting kemungkinannya ialah komunikasi peribadi, yang berlaku apabila seseorang menyampaikan fikiran dan keinginan mereka kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan mengerakkan tangan, malah dengan membuat mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak mereka. Guru tidak dapat membantu murid mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama. |