Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
EKSTROVERT | Ekstrovert apabila digunakan dalam bentuk bukan teknikal, bermaksud orang yang suka bergaul dengan masyarakat dan mudah mesra. | UMUM | |
ANJING BEAGLE | Anjing Beagle ialah anjing perburuan Inggeris yang paling kecil. Anjing beagle mempunyai deria bau yang kuat dan kadangkala digunakan untuk memburu arnab. Kebanyakan anjing Beagle adalah peka dan mudah mesra. | UMUM | |
MURILLO, BARTOLOMÉ ESTEBAN | Murillo, Bartolomé Esteban (16181682), pelukis Sepanyol yang hidup pada tahun 1600-an. Dia dianggap pelukis yang terbaik yang dapat menggambarkan kelembutan dan optimistik agama Kristian. Dia terkenal dengan lukisannya yang melahirkan perasaan mesra dan peri- kemanusiaan. | UMUM | |
MOTHERWELL, ROBERT | Motherwell, Robert (19151991), pelukis ekspresionis abstrak Amerika yang penting. Motherwell terkenal kerana beberapa siri lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk besar yang kejam dan mengancam sehinggalah kepada lembut dan mesra. | UMUM | |
ARP, JEAN | Arp, Jean (18871966), pemahat Perancis. Dia juga dikenali sebagai Hans Arp. Dia cuba menggambarkan kehidupan dan tenaga alam, bukan rupa fizikalnya, pada batu, marmar, kayu dan gangsanya yang bergilap. Karya Arp pada mulanya mungkin kelihatan abstrak lagi kaku, tetapi kebanyakan arcanya bersifat mesra lagi hidup. | UMUM | |
J.M. AZIZ | J.M. AZIZ (1934- ), penyair. Dia lahir pada 7 Mei 1934 di Kampung Tanjung Luang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Selain nama J.M. Aziz, dia juga menggunakan nama samaran Jiwa Merana, Ibnu Abdul Rahman, Mesra, Indera dan Azizah Rahman. | SASTERA | Tokoh |
A. SAMAD SAID, DATUK | A. Samad Said, Datuk (1935- ), penulis, wartawan dan Sasterawan Negara yang keempat. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Abdul Samad bin Mohamed Said. Beliau pernah menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| mesra (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,
2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat, Berantonim dengan renggang
3. Dalam konteks janji bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,
| Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan, |
|
Puisi |
---|
|
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.
Lihat selanjutnya... |
|