Sark (pend. 604) ialah salah sebuah Kepulauan Channel kira-kira 110 kilometer di selatan England dan 35 kilometer dari pantai Perancis. Sark hanya kira-kira 4.8 kilometer panjang dan 2.4 kilometer lebar. Sark merupakan negara berpemerintahan sendiri yang terkecil di United Kingdom. Pulau ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sark Besar dan Sark Kecil, yang dihubungkan oleh satu jalan daratan kecil yang dinamakan La Coupée . Banyak teluk dan gua pantai terdapat di pesisir pantainya. Cenuram menegak di sekeliling pulau ini. Traktor adalah satu-satunya kenderaan bermotor dibenarkan di Sark. Jenis alat pengangkutan yang paling banyak ialah basikal dan kereta kuda. Sark merupakan kerajaan gabungan feudal dan demokratik. Seigneur Sark ialah ketua kerajaan. Creaux yang terletak di timur ialah bandar utama dan tempat pendaratan. Sark boleh didatangi dengan bot dari Jersey, yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan air dan udara dari England. Semasa Perang Dunia II (19391945), tentera Jerman menduduki pulau ini. Lihat juga Kepulauan Channel. |