Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KEHIDUPAN | Kehidupan. Kebanyakan orang menghadapi sedikit kesukaran untuk membezakan benda hidup daripada benda bukan hidup. Misalnya, mereka mudah mengenal bahawa rama-rama, kuda, dan pokok adalah hidup, tetapi basikal, rumah, dan batu adalah tidak hidup. Kita menamakan sesuatu itu hidup jika ia dapat melakukan aktiviti tertentu, seperti pertumbuhan dan pembiakan. | UMUM | |
ASMA | Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia kelemasan. | UMUM | |
EMFISEMA | Emfisema ialah penyakit paru-paru yang pesakitnya akan menghadapi kesukaran bernafas, terutamanya apabila mereka menghembuskan nafas. | UMUM | |
STRES | Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita sering mengalami stres akibat peristiwa besar dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian, atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita. Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat menangani sesuatu cabaran dengan berkesan mungkin mengalami stres. | UMUM | |
PONDOK BALAK | Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat berlindung kepada manusia yang tinggal di kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan. Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup. Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson, James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan James Garfield dengan bangganya mengaku dilahirkan di petempatan seperti ini. | UMUM | |
AUSTEN, JANE | Austen, Jane (17751817), salah seorang penulis novel yang sangat digemari di England. Tulisannya mengandungi sindiran tentang institusi-institusi sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada enam novelnya, mengisahkan seorang wanita bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah. | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (18801912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, Saya mahu keluar; mungkin agak lama. Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |
TELEGRAF MELALUI DARAT | Telegraf melalui darat merentasi Australia sejauh 3568 kilometer dari Adelaide ke Darwin, tempat ia bersambung dengan rangkaian telegraf dengan Asia dan Eropah. Telegraf melalui darat yang pertama menghubungkan Port Augusta, di Australia Selatan dan Port Darwin, di Wilayah Utara. Kerja pembinaannya bermula pada tahun 1871 dan siap pada tahun berikutnya setelah mengalami banyak kesukaran. Kabel bawah laut dari Darwin ke Pulau Jawa juga mula beroperasi pada tahun 1872. | UMUM | |
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI | Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa. Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes, akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara penyebab utama kematian di kalangan bayi pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan. | UMUM | |
TABES | Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan ini pernah digunakan untuk menggambarkan keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun, kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah untuk menggambarkan penyusutan badan yang disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin. Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal (belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami keadaan ini menghadapi kesukaran untuk mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki, dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sukar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam, Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat
3. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, berat, payah,
4. Dalam konteks sl bersinonim dengan miskin, daif, melarat, Berantonim dengan mewah
| Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran, |
|
|