Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RABIES | Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit berjangkit yang memusnahkan sel saraf di bahagian tertentu otak dan selalunya mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan mamalia lain boleh menghidap penyakit ini. Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang sebarang objek atau haiwan lain yang berada di hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang bermaksud takut air. | UMUM | |
NECKER, JACQUES | Necker, Jacques (17321804) ialah negarawan Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XVI. Apabila dia dilantik menjadi menteri kewangan Perancis pada tahun 1777 keadaan kewangan negara tidak seimbang. Keadaan semakin buruk selepas Perancis terlibat dalam Revolusi Amerika. Necker, ahli bank yang terkenal, meminjam wang dengan banyak, dan meneruskan semua kegiatan tanpa menaikkan cukai. Tindakannya ini hanya mampu menangguhkan masalah serius yang sebenar. Dia menimbulkan kemarahan di kalangan istana kerana menyiarkan buat pertama kalinya laporan tentang cara cukai dibelanjakan dan berapa banyak jumlah yang sebenarnya diberikan kepada golongan orang kesukaan istana. Dia meletakkan jawatan pada tahun 1781. | UMUM | |
SURAH AL-TALAQ | Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 12 ayat. Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana perbicaraannya menumpukan kepada bab talak. Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan isterinya dalam keadaan haid, berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda. Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya merujuk semula kepada isterinya dan menunggu sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di dalam surah ini. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| marah (kata kerja) | Bersinonim dengan murka, meradang, memberang, gusar, bengis, bengkeng, berangsang, memberangsang,
menyerangsang, jengkel, menyebat, mendidih, menyirap, meredap, merengus, mengamuk, panas hati,
sakit hati, terbakar naik geram, naik angin, naik darah, naik hantu, naik minyak, naik palak,
naik panas, naik setum, naik seh, hangus hati, hangus dada, tersirap hati, merah telinga,
menepuk dada, bermengkal hati, menyangkak hati, jaki, murih, sengiang, mengambek, merampang,
mendongkol, palak, meranyuk;, | | Kata Terbitan : memarahi, memarahkan, kemarahan, pemarah, |
|
|