Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAUM MUDA-KAUM TUA | KAUM MUDA-KAUM TUA, dua garis fahaman keagamaan di Nusantara. Golongan Kaum Muda-Kaum Tua di Nusantara muncul pada dasawarsa pertama abad ke-20. Golongan Kaum Tua berpegang pada pemikiran dan amalan tradisional dan golongan Kaum Muda pula menginginkan pembaharuan yang tidak dikongkong oleh tradisi yang ada dari sudut permasalahan agama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NABI HUD A.S. | Nabi Hud a.s. ialah salah seorang daripada utusan Allah. Nabi Hud a.s. diutuskan kepada kaum Ad iaitu kaum Arab yang paling awal yang diketahui. Dalam al-Quran diceritakan bahawa terdapat kaum Ad I dan kaum Ad II. Kaum Ad I ialah Ad Irm yang tinggal di dalam khemah. Manakala kaum Ad II ialah penduduk negeri Yaman dari keturunan Qahtan, Saba dan keturunan dari keduanya. Zaman kehidupan kaum Ad ini tidak diketahui dengan tepat. Ini disebabkan al-Quran sendiri dan hadith- hadith tidak menyebutkan tentang tarikh kewujudan mereka. Selain itu, tidak terdapat bukti dari kesan- kesan yang ditinggalkan sama ada berbentuk tulisan-tulisan sejarah yang mungkin boleh dibuat sandaran berhubung dengan tarikh kewujudan mereka. | UMUM | |
ADI GRANTH | Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja. | UMUM | |
KAUM KANAAN | Kaum Kanaan ialah orang yang disebut dalam Wasiat Lama . Kaum Kanaan mendiami Canaan, nama Palestin dalam kitab Bible, kira-kira pada tahun 3000 S.M. Mereka merupakan penduduk utama di tanah ini sehinggalah orang Israel menakluknya pada tahun 1200 S.M. (lihat Palestin [Sejarah awal dan penempatan orang Ibrani]). | UMUM | |
KAUM HIPI | Kaum hipi ialah anggota pergerakan remaja pada tahun 1960-an dan 1970-an yang bermula di Amerika Syarikat dan merebak ke Kanada, Great Britain dan banyak negara lagi. Kaum hipi menolak adat resam, tradisi dan gaya hidup masyarakat dan cuba mengembangkan cara hidup mereka sendiri. | UMUM | |
NABI SALIH A.S. | Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud. Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda sebagai ahli sihir. | UMUM | |
GAWAI | GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, gawai atau gawa bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan. | BUDAYA | Adat |
ORANG ASLI AMERIKA CARIB | Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk kepada suku kaum ini yang memakan tawanan perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300, kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward. Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli Amerika ). | UMUM | |
KAUM BANGSAWAN | Kaum bangsawan merupakan golongan yang dianggap memiliki kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Mereka mempunyai status politik khas dan sosial. Status bangsawan adalah diwarisi, dan ia membawa gelaran seperti duke atau earl. | UMUM | |
GAWAI DAYAK | GAWAI DAYAK, perayaan rasmi tahunan kaum dayak iaitu suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Hulu yang tinggal di Sarawak. | BUDAYA | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| kaum (kata nama) | 1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,
2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan,
kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,
| Kata Terbitan : berkaum, perkauman, |
|
Puisi |
---|
|
Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.
Lihat selanjutnya... |
|