Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TAPAK KAKI RATA | Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung lengkung tapak kaki. | UMUM | |
KAKI MAKAN AIR | Kaki makan air ialah penyakit kulit yang berjangkit yang menyebabkan gatal dan bersisik di celah jari kaki dan di tapak kaki. | UMUM | |
PISANG KAKI | Pisang kaki ialah nama bagi lebih daripada 200 spesies pokok kecil yang tergolong dalam famili kayu hitam. Dua spesies ditanam untuk buahnya yang berisi, boleh dimakan, yang juga dinamakan pisang kaki . Spesies ini adalah kaki atau pisang kaki Jepun dan pisang kaki biasa . Kaki berasal dari tengah dan utara China. Ia ditanam secara komersial di China, Jepun, kawasan Mediterranean dan selatan Amerika Syarikat. Ia mempunyai daun yang besar, berkilat, berwarna hijau tua dan bunganya berwarna hijau kekuningan. Pisang kaki biasa berasal dari tenggara Amerika Syarikat. | UMUM | |
SEJUK KAKI | Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit pelindung semasa Perang Dunia I (19141918). Ia menyerupai reput fros yang ringan hinggalah kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar, pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros, dengan membersihkan kaki, berehat dan mengembalikan peredaran darah. | UMUM | |
KAKI TOMBOL | Kaki tombol ialah bentuk kaki yang luar biasa, selalunya terjadi sejak kelahiran. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan juga terjadi kemudian akibat daripada kemalangan atau poliomielitis atau disebabkan penyakit-penyakit lain. Keadaan tersebut juga dinamakan talipes. | UMUM | |
KAKI LILIN | Kaki lilin ialah unit ukuran pencahayaan, iaitu jumlah cahaya yang menerangi sesuatu objek. Kaki lilin ini ialah sebahagian dari sistem ukuran lazim atau sistem ukuran Inggeris. | UMUM | |
ANTIPOD | Antipod ialah dua tempat yang betul-betul bertentangan kedudukannya antara satu dengan yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing- masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia dan New Zealand biasanya dikenal sebagai antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua- dua negara itu terletak hampir bertentangan dengan England. | UMUM | |
KAKI RENDAMAN | Kaki rendaman juga dikenali sebagai trench foot , merupakan keadaan penyakit pada bahagian bawah anggota dan kaki yang disebabkan pendedahan berpanjangan pada keadaan sejuk lembap. | UMUM | |
TAPAK KAKI KANGGARU | Tapak kaki kanggaru ialah tumbuhan berbunga yang tumbuh hanya di Australia Barat. Terdapat kira-kira 10 spesies tapak kaki kanggaru. Tumbuhan ini mempunyai daun yang sempit, yang tumbuh terus dari tanah, dan tangkainya yang panjang, kurus mengeluarkan kuntuman bunga. | UMUM | |
NOTA KAKI | Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan atau idea yang mungkin mudah disalahertikan, tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan ayat dan membebaskannya daripada fakta yang berlebihan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kaki (kata nama) | 1. Dalam konteks anggota badan bersinonim dengan betis, keting, paha, lutut, tumit, tapak kaki, tungkai,
2. Bersinonim dengan bawah: dasar, tapak, bes,
3. Dalam konteks ukuran bersinonim dengan 12 inci, 30 sentimeter,
4. Bersinonim dengan penyangga: penopang
5. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan gemar akan, suka akan, ketagih, candu.,
|
|
Puisi |
---|
|
Kaki melila panjang disepak, Orang mengail di Lubuk Johor; Sudah kubanding muda segak, Hitamlah manis rambutnya kejur.
Lihat selanjutnya... |
|