Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)Kamus Thai(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahGlosari Matematik Untuk SekolahBahasa Sukuan BajauDaftar Istilah Industri Perkhidmatan KewanganBahasa Sukuan v4.0
Kata Takrif Sumber
pipih1. rata serta tipis, leper: badannya yg leper atau ~ ini membolehkan lipan merayap melalui lubang-lubang kecil dan bersembunyi di bawah-bawah kayu; bulat ~ bulat dan rata serta tipis (duit syiling dll); 2. kemik, pesek (hidung); memipih menjadi pipih; kanta mata itu pun ~ menjadi rata; memipihkan menjadikan pipih.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang Iterbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
telapaktelapakan 1. tapak kaki, tapak tang­an: dia meletakkan wang itu ke ~ tangan­nya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda); di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b) anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyusup1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
komes(komés) 1. ark bulu di bawah bibir bawah; 2. kumis.Kamus Dewan Edisi Keempat
panjibendera (biasanya yg ber­segi tiga panjang); di bawah ~ di bawah naungan (dilindungi oleh); spt ~, ditiup angin berkibar-kibaran prb tidak tetap pendirian, ikut mana pihak yg kuat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tohok I1. sj tombak (tempuling) yg dibubuh tali; 2. tusukan tombak yg miring dan arah ke bawah; ~ tunggang ke baruh (bawah) prb, Mn mudah mencelakakan orang yg di bawah perintahnya; ~ raja tiada dapat dielakkan prb kehendak orang besar tidak dapat ditolak; menohok menusuk miring (dgn tombak dll) arah ke bawah; ~ kawan seiring prb mencelakakan kawan sendiri; ~ sepeninggal ciling prb sudah selesai pekerjaan baru teringat bagaimana yg baik mengerjakannya; menohokkan melemparkan (menusukkan) tombak dll arah ke bawah; ~ lembing ke semak prb (pekerjaan yg) sia-sia.Kamus Dewan Edisi Keempat
kolong I1. ruang atau bahagian di bawah sesuatu (mis di bawah rumah yg bertiang dll): ~ jambatan; ~ pangkin; ~ langit di bawah langit (di atas muka bumi); anak ~ Id anak yg lahir di tempat kediaman tentera, anak askar; 2. lubang yg memanjang spt terusan di dlm tanah, lombong, korok; ~ timah lombong (bijih) timah; Cina ~ orang Cina yg bekerja di lombong.Kamus Dewan Edisi Keempat
jungkir, = terjungkir terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); tertunggang. berjungkir berputar balik; bersetunggang. menjungkirkan membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas; menunggangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cucur Ialiran atau pancaran ke bawah (ttg air dll). ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh. bercucuran mengalir ke bawah; berpancaran ke bawah: Seraya ia menangis, air matanya ~ bagai manik terurai. mencucuri 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyi­rami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. mencucurkan 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. cucuran, = ~ atap cucur atap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...