Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tengok-tengok bawah batang, Kalau ada ketam menyelit; Tengok-tengok abang datang, Kalau ada kirim duit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Amat bawah rumah, Daun selasih dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Kami mula hendak balik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa busuk di bawah bangku, Anak ayam mati terlentang; Siapa duduk dengan Cik Bongsu, Bagai bulan pagar dek bintang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Selasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.



Lihat selanjutnya...