Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MALUF, LUWIS | Maluf, Luwis (1283 H.1366 H./1867 M.1946 M.), sarjana Arab dan tokoh ilmuwan dalam bidang sebaran am dan kewartawanan pada zaman kebangkitan moden. | UMUM | |
MUHAMMAD FU'AD, 'ABD AL-BAQI | Muhammad Fuad, Abd al-Baqi (1299 H. 1388 H./1882 M.1968 M.) ialah tokoh ilmuwan Mesir. Dia banyak menghabiskan masa dalam menyusun dan membuat susunan indeks hadith. Dia lahir di Qalyubiyah, Mesir, dan membesar di Kaherah serta pernah belajar di beberapa buah sekolah di sana. Abd al-Baqi pernah berkhidmat sebagai penterjemah bahasa Perancis di Jabatan Pertanian pada sekitar tahun 1905 dan 1933. Dia berhenti menulis disebabkan oleh matanya yang kabur dan menjadi buta sebelum kematiannya. | UMUM | |
ABU ABDULLAH AL-HAKAM | Abu Abdullah al-Hakam ( 321 H.405 H. /933 M.1015 M.), imam, hafiz dan pengkritik sastera serta tokoh ilmuwan. Nama penuhnya Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Hamdawayh ibn Naim ibn al-Hakam. Dia ialah guru kepada ahli-ahli hadith seperti Abu Abdullah ibn al-Bayyi, al-Dabbiy, al-Naysaburiy, al-Syafiiyy dan beberapa orang pengarang. | UMUM | |
JURNAL BAHASA | Jurnal Bahasa, wadah untuk para ilmuwan atau ahli linguistik menguji teori dan mengemukakan hasil kajian, serta memberikan pandangan dan fikiran mereka dalam bidang linguistik untuk dikongsi bersama-sama para penyelidik atau pengkaji yang lain. Jurnal ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. | BAHASA | Penerbitan |
IBN KATHIR | Ibn Kathir (701 H-774 H/1301 M-1372 M), tokoh ilmuwan Islam. | AGAMA | Tokoh |
MUHAMMAD AL-GHAZALI | Muhammad al-Ghazali (450 H-505 H /1058 M-1111 M), ialah tokoh ilmuwan dan pakar rujuk dalam bidang falsafah. | AGAMA | Tokoh |
TILMISANIY, AL-SYARIF AL- | Tilmisaniy, al-Syarif al- (710771 H / 1310 1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan serta tunjuk ajar ilmu al-Quran daripada al-Syeikh Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain daripada al-Qadhi Abu Abdullah ibn Hadiyah al- Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi. | UMUM | |
SKOLASTISISME | Skolastisisme ialah sistem falsafah yang menekankan penggunaan taakulan dalam menerokai persoalan falsafah dan teologi. Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba menyelesaikan pendapat yang bertentangan dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200- an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah dan di universiti di barat Eropah. | UMUM | |
ISMAIL AL-FARUQI | Ismail al-Faruqi, (19211986), ilmuwan Islam. | AGAMA | Tokoh |
DERMACIPTA DEWAN | DERMACIPTA DEWAN, bantuan kewangan yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggalakkan penciptaan karya asli dalam bahasa Melayu. Dermacipta Dewan ini diwujudkan pada 6 Disember 1980, untuk membolehkan para penulis, ilmuwan, budayawan, sasterawan, dan golongan profesional menghasilkan karya asli dalam bentuk buku, terutamanya karya ilmu pengetahuan yang dapat memberikan sumbangan besar kepada pemikiran masyarakat umum. Karya kreatif yang tinggi mutunya, dan memerlukan bantuan kewangan untuk membuat penyelidikan juga dipertimbangkan. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
|
Tesaurus |
---|
| ilmuwan (kata nama) | Bersinonim dengan ilmiahwan, cendekiawan, cerdik pandai, bijak pandai, sarjana, pakar, ahli, ulama, hukama, intelek., | |
|
|