Salam, Mohon pandangan dan maklumbalas berkenaan istilah Ilmiahawan, adakah istilah ini boleh digunakan dalam laporan rasmi jabatan. Umumnya, ilmiahwan merujuk kepada seseorang individu wanita yang tergolong dalam membuat penyelidikan secara ilmiah samada secara formal (peringkat Sarjana/PhD) mahupun tidak formal yang melibatkan proses ilmiah dan saintifik Terima kasih. | Untuk makluman tuan, perkataan “ilmiahwan” tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah “ilmiawan” dalam bahasa percakapan yang bermaksud ilmuwan. Dalam konteks penulisan rasmi, penggunaan perkataan yang dikelaskan sebagai bahasa percakapan tidak digalakkan. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan lain yang boleh digunakan ialah “ilmuwan”. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ilmuwan bermaksud golongan (para) akademik, orang yang berilmu. | Istilah | 06.12.2021 |