Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
EL NIÑO | El Niño ialah arus hangat di Lautan Pasifik yang mengalir ke arah selatan di sepanjang pantai barat Amerika Selatan. | UMUM | |
KARBUNKEL | Karbunkel ialah jangkitan kulit dan tisu di bawah kulit yang sangat sakit. Karbunkel ialah bonggol merah gelap yang hangat dan terasa amat sakit yang kelihatan seperti kelompok beberapa bisul. | UMUM | |
MAKANAN BEMBAM | MAKANAN BEMBAM, makanan yang dimasak di dalam bara atau abu hangat. | BUDAYA | Makanan |
WARTA JENAKA | WARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd. Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad. Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman. Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai. Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana. | SASTERA | Karya |
SEROJA MASIH DI KOLAM | SEROJA MASIH DI KOLAM, novel karya Adibah Amin. Novel ini diterbitkan oleh Pustaka Melayu Baru pada tahun 1966. Seroja Masih di Kolam mengambil latar masa tahun 1966-an, ketika masalah kebudayaan dan bahasa kebangsaan menjadi topik perbincangan hangat. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| hangat (adjektif) | 1. Rujuk panas 1
2. Dalam konteks sambutan bersinonim dengan meriah, baik,
3. Dalam konteks perdebatan bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,
| Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan, |
|
Puisi |
---|
|
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.
Lihat selanjutnya... |
|