Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TESTIKEL | Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali juga sebagai testes (tunggal, testis ) tergantung di belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali sebagai skrotum . Testis mempunyai dua fungsi utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan hormon seks lelaki, terutama testosteron . | UMUM | |
TALI PUSAT | Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang menghubungkan janin (bayi yang belum dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri membawa darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa darah yang mengandungi oksigen dan bahan makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen bayi, dengan berhati-hati. | UMUM | |
MADAGASCAR | Madagascar ialah negara Afrika yang berupa sebuah pulau besar dan banyak pulau-pulau kecil yang berdekatan. Negara ini terletak di Lautan Hindi, sekitar 385 kilometer di tenggara tanah besar Afrika. Pulau yang terbesar yang dikenali Madagascar merupakan pulau yang keempat terbesar di dunia selepas Greenland, New Guinea dan Borneo. Antananarivo ialah ibu negara dan juga bandar terbesarnya. | UMUM | |
RENDA | Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda yang paling halus diperbuat daripada benang linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat buatan, malah benang emas dan perak juga turut digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis renda, terdiri daripada corak bunga atau daun. Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan, bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang perhiasan untuk rumah dan gereja. | UMUM | |
KOMIK | Komik ialah siri kartun yang mengisahkan sebuah cerita. Komik mungkin berupa lukisan bergambar yang disertai ayat. Perkataan komik juga bermaksud majalah, biasanya untuk kanak-kanak, yang mengandungi lukisan gambar dan bahagian- bahagian lain. | UMUM | |
ARTIFAK ISLAM | Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya bermaksud benda-benda yang dibuat oleh manusia atau digunakan oleh manusia berupa tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini kerana menghargai barang-barang purba, menjaga hak milik dan mengingati tuan punya, serta menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang erat dengan kecenderungan dan naluri manusia yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya serta ingin mengetahuinya. | UMUM | |
KILT | Kilt ialah pakaian tradisional orang lelaki di Tanah Tinggi Scotland dan Ireland. Pakaian ini berupa skirt labuh separas lutut, berlisu di belakangnya dan rata di sebelah hadapan. | UMUM | |
MALINOWSKI, BRONISLAW | Malinowski, Bronislaw (18841942) ialah ahli antropologi British. Dia dikenali kerana kajiannya tentang kebudayaan penduduk Pulau Trobriand di barat daya Pasifik dan kerana sumbangannya yang berupa teori tentang kebudayaan manusia. | UMUM | |
TIPPERARY | Tipperary ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti dalam provinsi Munster di Republik Ireland . Tipperary ialah kaunti yang terbesar antara semua kaunti di pedalaman. Kaunti ini pada umumnya berupa kaunti pertanian. Terdapat beberapa buah bandar pasar, yang terbesar ialah Clonmel. Tipperary terkenal kerana lagu Perang Dunia I Its a long way to Tipperary. Penduduk dan kerajaan. Jumlah penduduk Tipperary hanya dua per lima penduduk pada tahun 1850. Terdapat sedikit pertumbuhan penduduk sepanjang tahun 1970-an, tetapi penghijrahan meningkat pada tahun 1980-an. Tiga per lima penduduknya tinggal di kawasan luar bandar. | UMUM | |
NOTA JANJI | Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa janji hendak membayar balik wang yang telah dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang harus dibayar balik itu biasanya lebih besar daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang menandatangani nota tersebut dikenali sebagai pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai tarikh tebus . | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rupa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,
2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,
3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,
| Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan, |
|
Puisi |
---|
|
Surabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur.
Lihat selanjutnya... |
|