Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SAVE THE CHILDREN | Save the Children , pertubuhan bebas, bukan mencari keuntungan, yang berusaha membantu kanak-kanak dengan cara memajukan komuniti di tempat kanak-kanak itu tinggal. Ia menaja program ini di 42 buah negara. Projek Save the Children meliputi program pemakanan dan kesihatan, pembinaan rumah, jalan, sekolah, dan sistem bekalan air. Organisasi ini diasaskan pada tahun 1932. Ibu pejabatnya terletak di Connecticut, Amerika Syarikat. | UMUM | |
KAPITALISME | Kapitalisme ialah sistem ekonomi politik berasaskan harta dan keuntungan persendirian. | UMUM | |
PERSATUAN PERDAGANGAN | Persatuan perdagangan ialah sebuah organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan dan mewakili sekumpulan firma perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai kesatuan masing-masing secara sukarela dan menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di dalam sebuah kesatuan perdagangan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian. | UMUM | |
PERLADANGAN POKOK | Perladangan pokok. Ladang pokok ialah kawasan milik persendirian yang digunakan untuk menanam pokok bagi mendapatkan keuntungan. Ladang pokok berbeza-beza saiznya daripada dua hektar hingga kepada 400 000 hektar. Organisasi perhutanan di banyak negara menganjurkan program ladang pokok di peringkat negara. | UMUM | |
YOUNG MENS CHRISTIAN ASSOCIATION (YMCA) | Young Mens Christian Association (YMCA) (Pertubuhan Pemuda Kristian) ialah pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang terbesar di dunia. Pertubuhan ini dianggotai oleh 25 juta ahli dari lebih 90 buah negara. | UMUM | |
AUDIT | Audit ialah pemeriksaan dan penyemakan akaun kewangan oleh juruaudit profesional (akauntan) yang tidak terlibat dalam penyediaannya. Akaun ini boleh jadi akaun organisasi awam, swasta, atau organisasi bukan mencari keuntungan. Tujuan audit adalah untuk memastikan akaun organisasi memberi gambaran yang sebenar dan tepat tentang aktiviti perniagaan. Audit adalah bahagian yang penting dalam perakaunan . | UMUM | |
OATES, JOYCE CARO L | Oates, Joyce Carol (1938 ) ialah pengarang Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan memberi penekanan terhadap seks dan keganasan. Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan. Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang masyarakat moden adalah tepat. | UMUM | |
MODAL | Modal adalah istilah ekonomi bermaksud kekayaan, selain daripada tanah, yang digunakan untuk menambahkan kekayaan. Wang simpanan adalah modal, kerana digunakan untuk menambah kekayaan menerusi faedah atau dividen. Tanah dan sumber-sumber semula jadi tidak dikira sebagai modal kerana bukan dikeluarkan oleh manusia. Kebanyakan aset yang digunakan dalam perniagaan adalah modal, kerana ia digunakan untuk mendapatkan keuntungan. Barang-barang peribadi seperti makanan, perabot, dan pakaian dianggap sebagai harta, tetapi bukannya modal. Barang-barang ini tidak menambahkan kekayaan. Terdapat dua jenis modal perniagaan, modal tetap dan modal kerja. | UMUM | |
SIMPAN KIRA | Simpan kira ialah proses sistematik untuk menganalisis, merekod, dan meringkaskan urus niaga ekonomi bagi perniagaan atau organisasi lain selama tempoh yang tertentu. Organisasi dan individu menggunakan simpan kira kerana ia memberi maklumat yang teratur dan tepat tentang urus niaga kewangan. Ia memberi gambaran tentang kedudukan kewangan, dan merekod perubahan keuntungan atau kerugian yang berlaku. | UMUM | |
AL-BAI BITHAMAN AJIL | Al-Bai Bithaman Ajil ialah jualan dengan harga tangguh termasuk keuntungan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| untung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan, Berantonim dengan rugi
2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat, Berantonim dengan malang
3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,
| Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan, |
|
|