SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak raja menikam pari, Kulit siput di dalam bemban; Bukan saya lepas ke mari, Bawa untung nasib badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang. |
|
Tesaurus |
---|
| untung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan, Berantonim dengan rugi
2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat, Berantonim dengan malang
3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,
| Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak raja menikam pari, Kulit siput di dalam bemban; Bukan saya lepas ke mari, Bawa untung nasib badan.
Lihat selanjutnya... |
|