SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk manis makanan sotong, Sotong mandi di padang seberang; Saya menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di kampung orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak telur Si Raja Lutung, Dibawa budak dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ndong anak ketitir, Anak merbah terloncat-loncat; Untung dikendong habis tercicir, Untung dikejar haram tak dapat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung disebut si burung merak, Menjadi ratu istana rimba; Untung sabut timbul nampak, Untung batu tenggelam hamba. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang berangan tumbuh di batu, Buah ada jantung tiada; Sudah malang untung nasibku, Tuah ada untung tiada. |
|
Tesaurus |
---|
| untung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan, Berantonim dengan rugi
2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat, Berantonim dengan malang
3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,
| Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 204 The wheel of fortune is forever in motion Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. Untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|