SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak buah perkara buah, Buah di rimba jangan dimakan; Banyak tuah perkara tuah, Tuah menimpa saya harapkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hutan pasang pelantik, Jaga denai tempat lalu; Tuah ayam tengok sisik, Tuah orang mana tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTun Kudu orang Melayu, Tun Tuah orang Melaka; Duduk termenung menanggung rindu, Mengenang tuan jauh di mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang belayar ke Majapahit, Anak katak tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Mana tercampak tidak terbuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak raja bermain tombak, Kain dipakai labuh ke lantai; Tuah saya sepantun ombak, Malang di pantai pecah berderai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah pinang tumbuh di parit, Pucuk rebung tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Di mana tercampak tidak terbuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak berbuah buahlah buluh, Kaki dulang kuparas juga; Hendak bertuah bertuahlah tubuh,tuah/balas Budi orang kubalas juga. |
|
Tesaurus |
---|
| tuah (kata nama) | Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;, | | Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pergi ke hutan pasang pelantik, Jaga denai tempat lalu; Tuah ayam tengok sisik, Tuah orang mana tahu.
Lihat selanjutnya... |
|