SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak susah kalau merebat, Kirilah kanan pasang berlapik; Taklah susah kita mengubat, Ubatlah ada di tanganlah adik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUsik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Esah pergi Merlong, Buah papaya dibikin wajik; Orang susah jangan ditolong, Kalau dah kaya kita diejek. |
|
Tesaurus |
---|
| susah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,
2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat
3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,
| Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan, |
|
Puisi |
---|
|
Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 323 Into every life a little rain must fall Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|