SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapas-kapas bertali benang, Lepas benang bertali kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain lepas putus benang, Kain datang Benua Keling; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah jatuh jangan tebang, Boleh buat mengampai kain; Sudah lepas lagi dikenang, Ini pula tempat bermain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTaman lipur di Pulau Tioman, Rumput kering lepas ditajak; Terpisah sudah dara idaman, Runtuhlah tiang tempat berpijak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Kedah hilir berdikir, Sapu tangan bungkuskan bunga; Apa sudah duduk berfikir, Lepas tangan orang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi Teluk ke Pantai Lepas, Raja Mersing bertenun kain; Sudah dipeluk jangan dilepas, Jangan sanggang bunga kain. |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
Puisi |
---|
|
Sapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri.
Lihat selanjutnya... |
|