SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiManis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKeluang keluwi terbang terlentang, Singgah sekejap di pokok sirih; Putus duit boleh berhutang, Putus kasih susah nak boleh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung nuri burung tiung, Mari hinggap di muka pintu; Putus benang dapat disambung, Putus hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutus tali pengikat tangga, Tangga berikat rami gula; Putih hati memandang janda, Janda baru beranak dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutus tali di atas papan, Mari terletak di atas tangan; Sudah hati kumbang berlapan, Mengenang bunga di dalam tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutus tali mengikat tangga, Mari diikat tali mengkuang; Putus hati pandang ke janda, Kerana janda anak seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi. |
|
Tesaurus |
---|
| putus (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat, Berantonim dengan bercantum
2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas, Berantonim dengan bermula
| Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan, |
|
Puisi |
---|
|
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 617 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|