SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPusing gasing tangan kidal, Tali pendek putus sejengkal; Kalau untung bercampur modal, Itu tanda berniaga tak kekal. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil parang cuba dikerat, Ekornya pendek putus sekerat; Harimau garang dapat dijerat, Mulut ternganga dihurung lalat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukit tinggi ditanam keledek, Pucuk diketong isi digali; Buah tinggi pengaitnya pendek, Barulah terguna di umban tali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Silak ke Tanjung Tabung, Air hitam berulang mandi; Panjang dikerat pendek disambung, Si hitam manis tinggal ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJarum panjang kerat nangka, Betik masak tepi penanggah; Jangan tuan syak wasangka, Keris pendek seorang sebilah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek. |
|
Tesaurus |
---|
| pendek (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa, Berantonim dengan lama
3. Bersinonim dengan ringkas: singkat Berantonim dengan panjang
| Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang.
Lihat selanjutnya... |
|