SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEmbun menitis ke pohon mawar, Mawar biru berselang putih; Racun sudah jadi penawar, Hati yang rindu terpaut kasih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi waktu panas ketika rembang, Hujan ribut awan dan mega; Penglipur lara penawar bimbang, Ingatan abang tidak dua tiga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari petang memburu rusa, Jumpa rusa makan jerami; Tidak kupandang racun yang bisa, Penawar ada di tangan kami. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang di Sungai Muar, Burung gagak di pohon beringin; Adik seorang sebagai penawar, Hati tidak kepada yang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi petang siang malam, Tinggi rendah panjang lebar; Di luar pisang racun di dalam, Penawar mudah banyakkan sabar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih kuning pinang kedatun, Bawa mari rotan tawar; Putih kuning menjadi racun, Hitam manis menjadi penawar. |
|
Tesaurus |
---|
| tawar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang, Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit
2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,
3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap, Berantonim dengan ghairah
4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati, Berantonim dengan marah
5. Dalam konteks pidato bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,
| Kata Terbitan : menawari, penawar, |
|
Puisi |
---|
|
Banyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir.
Lihat selanjutnya... |
|