SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa payah mudik ke Jerai, Kayu mentolak nipis kulit; Apa susah kita bercerai, Ada umur kita berbalik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa abang jahit baju, Jahit kain banyak lagi; Tak payah abang kata begitu, Kata lain banyak lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulau Daik banyak kelapa, Pulau Karimon banyak pegaga; Budi baik payah dilupa, Beribu tahun dikenang juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain empat lipat empat, Lipat mari di atas geta; Cari hak lain payah nak dapat, Baiklah balik janda sedia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah ikat baru sembelih, Masak berempah isi kepalanya; Intan manikam cari boleh, Payah jumpa kilat cahayanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang singgah Kuala Daik, Beli durian dalam perahu; Jikalau sudah emas yang baik, Tak payah diuji orang pun tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAlang manis buah rambut, Dalam seikat masak sebiji; Alang manis senyuman mulut, Dalam kampung payah kucari. |
|
Tesaurus |
---|
| payah (adjektif) | Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat,
kelekik, rumpil;, | | Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa abang jahit baju, Jahit kain banyak lagi; Tak payah abang kata begitu, Kata lain banyak lagi.
Lihat selanjutnya... |
|