SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNiat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang selasih di depan puan, Tidak niat hendak kupakai; Hatiku kasih padamu puan, Sikit tak ingat hendak kucerai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiup api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat di hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi-pagi embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati belum nak cerai, Kehendak Allah siapa tahu. |
|
Tesaurus |
---|
| niat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak,
cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,
2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,
| Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat, |
|
Puisi |
---|
|
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.
Lihat selanjutnya... |
|