SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak palas rumpun palas, Mari dimakan atas bendul; Duduk malas berdiri malas, Kerana khidmat diri terkabul. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas berumah tinggi, Dinding berlekuk tiang bertarah; Saya malas beranak tiri, Katuk sikit bapanya marah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKami malas berhuma panjang, Turun permatang naik permatang; Kami malas hidup bujang, Sirih datang pinang pun datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas jalan ke tanjung, Semak sangat bertabur pulut; Saya malas makan kalung, Semak sangat rasanya mulut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas berhuma di cerang, Naik batang turun batang; Saya malas duduk bujang, Sirih datang pinang datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas menyukat bambu, Kerana bambu sebatang nyiru; Kami tak cakap dendam memadu, Dendam sebulan setahun rindu. |
|
Tesaurus |
---|
| malas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa,
celika, wegah, lundung, sungkan, ogah, Berantonim dengan rajin
2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa, Berantonim dengan sudi
| Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas, |
|
Puisi |
---|
|
Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati.
Lihat selanjutnya... |
|