SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pasang pelita, Pasang tanglung baik lagi; Apa guna bermain mata, Ambil langsung baik lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pasang pelita, Pasang tanglung cerah lagi; Apa guna bermain cinta, Ambil langsung puas hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesok hari selasa, Lusa hari Rabu; Kalau buat kerja tak dapat rasa, Fikiran kita langsung tak tentu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAlang-alang mandi di dulang, Sayang keronsang darilah bertali; Alang-alang kita bergendang, Baik dan jahat langsung sekali. |
|
Tesaurus |
---|
| langsung | 1. Dalam konteks siaran bersinonim dengan terus, terus-menerus, (adverba:)
2. Bersinonim dengan lantas ( lalu, terus, lanjar, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan selama-lamanya ( kekal, terus, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan sama sekali ( sedikit pun) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga.
Lihat selanjutnya... |
|