SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSiapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau adik menutuh kepung, Pokok kering si pokok mengkudu; Kalau abang balik ke kampung, Adik di sini menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnah |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiArulah aru ketumbar aru, Aru kering beri berair; Kalaulah tahu bersama tahu, Barang ditahu jangan dilahir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTaman lipur di Pulau Tioman, Rumput kering lepas ditajak; Terpisah sudah dara idaman, Runtuhlah tiang tempat berpijak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik bukit terkedok-kedok, Hendak cari damar batu; Habis kering bergadai golok, Hendak sambut anak menantu. |
|
Tesaurus |
---|
| kering (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang,
dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi, Berantonim dengan basah
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,
3. Dalam konteks durian bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,
| Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati.
Lihat selanjutnya... |
|