SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah adat orang bercinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUbi kentang si ubi temu, Di bawah pokok jantan mawar; Orang yang kenyang kalau dijamu, Lauk sedap dikatakan tawar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaja Ainon jalan ke selat, Pulau Pinang pasirnya halus; Air kuminum terasa kelat, Usahkan kenyang bertambah haus. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang air Tanjung Simasta, Pasang tidak bertenang lagi; Budi tuan lekat di mata, Makan tidak kenyang lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang. |
|
Tesaurus |
---|
| kenyang (adjektif) | Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;, | | Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah adat orang bercinta.
Lihat selanjutnya... |
|