SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna tanam keranji, Kalau tidak manis menggula; Apa guna janji-janji, Kalau kata tidak dikota. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga ros dalam pasu, Mari tudung dengan kain; Janji tuan janji palsu, Janji sudah berubah lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya tak harap padi pulut, Padi pulut banyak antahnya; Saya tak harap janji mulut, Janji mulut banyak susahnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya tak pandai memintal tali, Tali berpintal di tepi pintu; Saya tak boleh membuat janji, Kerana janji selalu palsu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadi pulut dalam pinggan, Padi Jambi tepi perigi; Janji mulut boleh lupakan, Janji hati bawa ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak yu dua serupa, Yu berjumpa dengan sembilang; Janji dulu adik tak lupa, Tunggulah sampai adik pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Korban berliku-liku, Jemur kain di atas peti; Janji kita tidak begitu, Kain buruk sama dipakai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi mengaji berbaju jubah, Mengangkat takbir suara jahat; Dulu janji tidak berubah, Mahunya besi lagi melarat. |
|
Tesaurus |
---|
| janji (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,
2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,
| Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian, |
|
Puisi |
---|
|
Bagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 487 Promises and piecrusts are made to be broken Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée. Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|