Bachtiar Djamily - Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1939, dan kemudian memasuki sekolah Belanda Schakel School pada tahun 1940 tetapi tidak tamat. Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Inggeris dan Arab hanya secara sambilan sahaja. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Bachtiar menganggotai Tentera Badan Keamanan Rakyat (kemudiannya diberi nama Tentera Nasional Indonesia. TNI) dan bertugas di Sumatera hingga mencapai pangkat Leftenan. Pada akhir tahun 1947, beliau majalah terbitan Syarikat Utusan Melayu. Beliau juga menulis untuk majalah Dewan Masyarakat, Dian dan Santajiwa. Di Indonesia, beliau menjadi wartawan keliling untuk Syarikat Agensi PIA dan menjadi wartawan akhbar Waspada . Selepas menerbitkan sebuah akhbar mingguan Pergerakan dan menjadi wartawan hal ehwal politik dan tentera harian Nyata di Bukit Tinggi, Bachtiar berpindah ke Jakarta dan menjadi wartawan akhbar Nusantara, Berita Indonesia dan
|
Hamdam - Dewan Bahasa dan Pustaka
Beliau mula menulis rencana dan berita dalam akhbar Saudara yang terbit di Pulau Pinang dan pada tahun 1936, beliau mula berkhidmat sebagai penulis khas akhbar Warta Malaya di Kuala Lumpur. Selepas itu Hamdam bekerja dengan Utusan Melayu sehingga tentera Jepun menyerang Tanah Melayu. Dalam zaman pendudukan Jepun, beliau bekerja dengan akhbar Perubahan Baharu yang terbit selepas berkuburnya akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Selepas Perang Dunia Kedua, Hamdam telah ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu menerbitkan majalah Mastika dan Hamdam diberikan tanggungjawab mengendalikan majalah tersebut. Apabila Melayu Raya |
Ismail Hamid - Dewan Bahasa dan Pustaka
di Sekolah Arab Alawiyah al-Diniyah, Perlis dari tahun 1951 hingga 1959. Pendidikan seterusnya diterima di Universiti Malaya pada tahun 1967 hingga lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1970. Selepas itu, beliau meninggalkan tanah air untuk ke Amerika Syarikat bagi melanjutkan pengajian di Universiti Temple, Philadelphia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1972. Dari universiti yang sama, Ismail berjaya Islamic Hikayat (1983) yang diterbitkan dalam bentuk monograf terbitan Institut Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelia disertasi beliau ini ialah Profesor Ismail al-Faruqi. Kerjaya pertama Ismail selepas meninggalkan bangku sekolah ialah sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Rendah Arab Alawiyah, Perlis. Beliau mengajar di sekolah ini dari tahun 1960 hingga 1961 dan selepas itu bertugas pula dengan
|
Keris Mas - Dewan Bahasa dan Pustaka
di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur. MENINGGAL : 9 Mac 1992. "Untuk mencapai sesuatu kita berjuang dan kita berjuang juga untuk mengekalkan barang yang tercapai itu." DALAM perkembangan cerpen Melayu selepas perang, Keris Mas ialah tokoh yang terpenting dan cukup berpengaruh kepada golongan penulis muda. Beliau membentuk namanya sebagai penulis melalui bakat, fikiran yang kritis, penguasaan bahasa yang baik, dan kematangan tahun 1940, Keris Mas kembali ke Tanah Melayu dan kemudian ke Singapura, mendaftarkan diri dengan Pitman College untuk mengambil peperiksaan matrikulasi Universiti London. Pelajarannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pihak Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, Keris Mas menggabungkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Pegawai Penerangan parti tersebut. Pada penghujung tahun 1947 |
Mokhtar Yasin - Dewan Bahasa dan Pustaka
10 orang adik beradik. Bapanya, Muhammad Yasin bin Long ialah ketua kampung yang bergelar Datuk Demang. Mokhtar mendapat pendidikan awal di sekolah Jepun dan belajar membaca huruf Hiragana dan Katakana. Selepas perang, iaitu sewaktu British memerintah kembali, Mokhtar belajar pula di Sekolah Melayu Sungai Rambai pada sebelah pagi hingga darjah enam. Pada sebelah petang pula, beliau mendapat pendidikan agama secara formal pada 1 Februari 1952. Pada tahun 1953, Mokhtar dipilih untuk memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) hingga tahun 1956. Semasa bertugas sebagai guru, beliau mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Selepas itu, beliau menyambung pendidikan ke universiti dengan mengikuti Rancangan Pengajian Luar Kampus di Universiti Sains Malaysia dengan pengkhususan dalam bidang kesusasteraan. Pada tahun 1980, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda. Mokhtar
|
Siti Hawa Salleh - Dewan Bahasa dan Pustaka
Setelah lulus darjah VI, beliau memulakan pendidikan di Kampung Baharu Girl’s School pada tahun 1952. Sekolah itu kemudiannya ditukar nama kepada Sultanah Asma School (SAS), Alor Setar, Kedah. Sebenarnya, selepas lulus darjah V di sekolah Melayu, Siti Hawa mendapat tawaran belajar di Sekolah St. Nicholas Convent di Alor Setar tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya. Semasa belajar di SAS, beliau berpeluang mendapat bimbingan daripada Noordin Hassan (Dato’), guru yang menanamkan bibit cintanya terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu, selain ibu bapanya. Selepas sekolah rendah Siti Hawa memasuki Sultan Abdul Hamid College, di Alor Setar, Kedah dari tahun 1959-1960. Pencapaiannya yang baik dalam pelajaran sewaktu di kolej tersebut melayakkannya belajar di Universiti |
Ishak Haji Muhammad - Dewan Bahasa dan Pustaka
ditukarkan ke Daerah Kecil Rembau, Negeri Sembilan. Kira-kira setahun setengah kemudian, beliau ditukarkan pula ke Kuala Lumpur sebagai Majistret Kelas III sehinggalah beliau meletakkan jawatan tersebut pada tahun 1935. Selepas bebas daripada jawatan kerajaan, Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Inggeris di Polis Depot dan kemudian beliau mengembara ke seluruh tanah air selama tiga tahun. Sewaktu menjelajah tanah Ishak bertanding bagi kawasan Bukit Bintang pada tahun 1964 tetapi gagal untuk memenangi sebarang kerusi. Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1965, Ishak telah ditahan sekali lagi. Selepas dibebaskan pada tahun 1966, beliau kembali bergiat dalam bidang penulisan. Ishak kemudiannya ditawarkan bertugas dengan Utusan Melayu sebagai penulis khas. Tulisannya yang amat popular ialah “Kenangan Hidup Pak Sako” yang
|
T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
1968-1970), Bukit Besi, Dungun (1971-1973) dan Teluk Pasu, Kuala Terengganu (1973-Jun 1974). Mulai Julai 1974, beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat. Selepas itu, beliau mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (L), Jalan Batu (I), Kuala Lumpur (mulai tahun 1980). Beliau mencuba bakatnya dalam bidang puisi dan cerpen sejak tahun 1960. Karyanya hanya baru mendapat tempat pada tahun 1964 dalam majalah Angkatan Baru. Puisinya berjudul “Persembahan” dan cerpennya “Dunia Pelayan” masing-masing tersiar dalam Angkatan Baru keluaran Oktober 1964 dan Mac 1965. Tidak lama selepas itu, beliau menumpukan penulisannya dalam bidang puisi sahaja, dan menjadi penyair yang cukup prolifik. Karyanya mendapat perhatian surat khabar serta majalah dan pada satu waktu hampir saban bulan puisinya disiarkan |
A.Aziz Deraman - Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemudian beliau melanjutkan persekolahan menengahnya di Sekolah Menengah Kamil sehingga tingkatan tiga dan seterusnya menyambung pelajarannya di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur hingga ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan (1964-1967). Selepas itu, Aziz meneruskan pengajian di Universiti Malaya (UM), menjurus dalam bidang pengajian Melayu (antropologi dan sosiologi) sehingga tahun 1971 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian). Di UM, bakat sasteranya Perancangan dan Penyelarasan) sejak Mei 1971 hingga 1 Disember 1973. Kemudian beliau dilantik sebagai Pegawai Penyelidikan (Kebudayaan) PTD di kementerian yang sama sejak 2 Disember 1973 hingga 31 Ogos 1975. Selepas itu, Aziz menjawat jawatan Ketua Cawangan Penyelidikan Kebudayaan dari 1 September 1975 hingga 31 Mac 1979. Kemudian beliau ditempatkan pula ke Kementerian Kewangan sebagai Ketua Penolong Setiausaha (Pentadbiran) dari April
|
A. Bakar Hamid - Dewan Bahasa dan Pustaka
46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. A. BAKAR HAMID mulai menulis sekitar tahun 1961, iaitu sewaktu beliau menuntut di Universitas Indonesia, Jakarta. Tulisan pertama beliau berbentuk esei dan kritikan, dan selepas itu beliau terus mengkhususkan penulisannya dalam bidang ini. Dalam kesusasteraan Melayu, sumbangan beliau dalam bentuk kritikan, ulasan dan kajian adalah penting, terutamanya di kalangan pelajar dan mahasiswa kesusasteraan. A. Bakar di Universiti Ohio, Amerika Syarikat dari tahun 1989 hingga tahun 1991. Universiti Ohio telah menganugerahi beliau gelaran profesor, dan gelaran ini kekal selama beliau aktif dalam hal ehwal universiti tersebut. Selepas bersara dari Universiti Malaya, A. Bakar Hamid telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Akademi Penulis (PENA) dari tahun 1994 – 1996, dan mulai tahun 1996 beliau berkhidmat dengan Perbadanan Berita Nasional (BERNAMA |
|
Tesaurus |
---|
| lepas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka, Berantonim dengan terikat
2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,
3. Bersinonim dengan lalu: lampau Berantonim dengan sekarang
| Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang Jawa hilir ke kuala, Beli kain selepas Bali; Adik suka abangpun suka, Boleh kita mengikat janji.
Lihat selanjutnya... |
|