Amil Jaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan konflik ras Kadazan dan Bajau dalam novel Cerah. Tiga buah novel remajanya, iaitu Yanti Anak Laut, Herwan Anak Kembara dan Periuk Kera Raksasa mengetengahkan unsur-unsur kembara, lasak dan keberanian di kalangan anak-anak remaja. Menurut Amil Jaya, perasaan ingin tahu remaja harus dieksploitasi supaya timbul rasa berani, keinginan mencuba, dan perasaan ingin tahu mereka harus dipenuhi dan dipertingkatkan serta adalah refleksi daripada pengalaman dan pengamatannya tentang peristiwa-peristiwa semasa. Kekuatan Amil Jaya terletak pada penghayatannya tentang hakiki kehidupan seperti yang terpancar pada cerpen "Nor Hayati", "Pak Sakar", "Pusaka Yang Hilang", "Lintah" dan "Tuntutan Kasih". Sepanjang hidupnya, Amil Jaya tidak pernah renggang daripada kegiatan kesusasteraan. Beliau sering menyertai seminar, simposium, dialog, bengkel dan ceramah sastera di peringkat, nasional dan antarabangsa. Malahan
|
|
Tesaurus |
---|
| hilang | 1. Bersinonim dengan lenyap ( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, ) (adjektif:)
2. Dalam konteks marah bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut, (adjektif:)
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang, |
|
|