ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
marine protected area | kawasan lindung marin | ESG | Kawasan perairan laut atau persisiran pantai yang dilindungi untuk pemeliharaan sumber asli. |
Key Biodiversity Area (KBA) | Kawasan Utama Biodiversiti (KBA) | ESG | Kawasan berkepentingan antarabangsa terhadap kelangsungan biodiversiti. |
Important Bird Area (IBA) | Kawasan Penting Unggas (IBA) | ESG | Kawasan berkepentingan antarabangsa bagi pemuliharaan unggas. |
environmental | alam sekitar | ESG | Berkaitan dengan keadaan, tempat atau kawasan sekeliling yang menjadi tanggungjawab sesuatu pihak untuk menjaga kelestariannya temasuklah mengawal pencemaran, penggunaan tenaga dan sumber asli secara berhemah serta pengurusan sisa. |
field survey | tinjauan lapangan | ESG | Kajian yang dilakukan di sesuatu kawasan untuk mengumpul dan/atau mengesahkan data tertentu. |
Just Transition Fund | Dana Peralihan Saksama | ESG | Peruntukan kewangan untuk menyokong kawasan dan komuniti yang paling terjejas akibat peralihan ke arah neutral iklim. Dana ini merupakan tonggak pertama dalam Mekanisme Peralihan Saksama. |
indigenous peoples and local community (IPLC) | peribumi dan komuniti setempat (IPLC) | ESG | Penduduk asal dan masyarakat setempat yang mendiami sesuatu kawasan. |
water stewardship | urus selia air | ESG | Pengawasan dan pengawalan penggunaan air secara adil, saksama, lestari dan menjana pulangan ekonomi yang melibatkan semua pemegang kepentingan terhadap sesebuah kawasan tadahan air. |
social licence to operate | lesen sosial operasi | ESG | Persetujuan, sokongan atau kepercayaan yang diberikan oleh pemegang kepentingan kepada sebuah organisasi atau syarikat untuk menjalankan aktiviti perniagaan atau projek di sesuatu kawasan. |
|
Tesaurus |
---|
| kawasan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan,
zon, medan, kampus, gelanggang, arena,
2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,
|
|
|