Kata |
Takrif |
Sumber |
parak IV | Kl terlalu banyak: makan nasi ~ benar; pendapatannya tiap-tiap bulan memang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parak III | Mn kebun, ladang: ibu Ramlah datang pula dr ~, membawa kacang panjang; ~ awak sahajalah siangi prb jaga sahajalah diri (keluarga) sendiri, janganlah pedulikan hal orang lain; diperluas ~ tidak tersiangi prb jika mata pencarian ditambah, penjagaannya tidak sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parak siang | pagi-pagi benar (kira-kira pukul 35), dinihari: pd suatu hari pukul tiga ~ siang orang telah ramai dan sibuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parak II | ; ~ siang pagi-pagi benar (kira-kira pukul 35), dinihari: pd suatu hari pukul tiga ~ siang orang telah ramai dan sibuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parak I | perpisahan, perceraian; berparak berpisah, bercerai; memarakkan memisahkan, menceraikan: dahulu dia berniat hendak ~ si Mat drpd isterinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belantik parak | belantik yg menyebabkan binatang terkena tombak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergembala | mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belantik I | sj perkakas utk menangkap binatang dan biasanya dibuat drpd tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat); ~ batang belantik yg dibuat drpd buluh yg dilubangkan di samping; ~ bidas = ~ embat = ~ terbang belantik yg menjerat kaki binatang; ~ pangkung belantik yg menyebabkan binatang kena pukul di kepala; ~ parak = ~ parap = ~ paut belantik yg menyebabkan binatang terkena tombak; ~ pesawat belantik yg menyebabkan binatang kena peluru senapang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gembala I | 1. orang yg menjaga atau memelihara ternakan (kambing, lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin; bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan); bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga; menggembala menjaga, memelihara, memimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat menggembala binatang; penggembala orang yg menggembala, gembala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kambing I | sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh perangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertanding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |