Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
copyright | hak cipta | Hak yang perlu diperoleh daripada pemegang hak sebenar dalam proses pembinaan korpus. |
ethics | etika | Prinsip dan nilai yang perlu dipatuhi dalam pengumpulan korpus seperti mendapatkan kebenaran hak cipta, persetujuan untuk dirakam daripada sumber data bagi korpus lisan/pertuturan serta tidak mengubah ketulenan teks. |
ambiguity | ketaksaan/ambiguiti | Kekaburan dalam menentukan tanda yang perlu diberikan dalam proses anotasi korpus. |
enclitic | enklitik | Unsur kata yang tidak boleh berdiri sendiri dan perlu bergabung dengan kata yang mendahuluinya -ku, -mu, -nya dalam rumahku, jiranmu dan kasutnya. Banding proclitic. |
proclitic | klitik awalan/proklitik | Unsur yang tidak boleh berdiri sendiri dan perlu bergabung dengan kata yang mengikutinya seperti ku-, kau- dalam kutulis dan kauberi. Banding enclitic. |
language independent tagger | penanda bebas bahasa | Perisian yang tidak terbatas pada satu bahasa sahaja, walau bagaimanapun pengguna perlu memuatkan tanda-tanda khusus berserta sampel teks bertanda bagi bahasa yang dikaji. |
clitic | klitik | Morfem yang mempunyai ciri-ciri sintaksis dan terikat secara fonologi dan leksikal dengan kata lain. Contohnya, -mu, -ku dan -nya dalam kata janjimu, janjiku dan janjinya. Dalam anotasi korpus, klitik perlu diasingkan daripada kata yang terikat dengannya. |
accented character | aksara bertanda | Huruf, angka, simbol dan lain-lain yang mempunyai tanda diakritik yang ditambahkan pada huruf, angka atau simbol tersebut untuk memberi nilai linguistik tertentu. Dalam korpus, aksara bertanda ini perlu dikodkan dengan penggunaan simbol & untuk permulaa |
|
Tesaurus |
---|
| perlu (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,
2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,
| Kata Terbitan : memerlukan, keperluan, |
|
|