Kata |
Takrif |
Sumber |
ebi | udang kering | Kamus Dewan Perdana |
embal | (bkn rambut, tembakau dsb) belum kering betul atau lembap | Kamus Dewan Perdana |
embel | kawasan tanah yg permukaannya kelihatan agak kering tetapi sebenarnya lembut dan boleh menyebabkan kaki terbenam sekiranya dipijak kuat | Kamus Dewan Perdana |
esek | penyakit yg ditandai dgn keadaan kulit yg kering dan bersisik | Kamus Dewan Perdana |
embalan | air, wap dsb yg menyebabkan udara, tanah dll tidak kering betul | Kamus Dewan Perdana |
engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |
Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| kering (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang,
dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi, Berantonim dengan basah
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,
3. Dalam konteks durian bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,
| Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati.
Lihat selanjutnya... |
|