Pantun |
Sumber |
Tema |
Sayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Usung bukan sebarang usung, Usungan berisi buah belera; Untung bukan sebarang untung, Untung berbini lepas selera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ujung bukan sebarang ujung. Ujung belati dapat dicabut; Untung bukan sebarang untung, Untung berlaki dapat selimut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ujung bukan sebarang ujung, Ujung belati mencukur tajam; Untung bukan sebarang untung, Untung berlaki tidur setilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tudung bukan sebarang tudung, Tudung saji sudah terbilang; Untung bukan sebarang untung, Untung berbudi nama dikenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pucuk manis makanan sotong, Sotong mandi di padang seberang; Saya menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di kampung orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Cekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| untung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan, Berantonim dengan rugi
2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat, Berantonim dengan malang
3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,
| Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 204 The wheel of fortune is forever in motion Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. Untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|