Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat berhenti di tempat teduh, Bila tak teduh tentu berpanas; Adat mengaji taat dan sungguh, Bila tak sungguh ilmu terlepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Yang hari bertambah teduh, Kerana siang hujan berangin; Yang pergi bertambah jauh, Kerana tunangnya sudah kahwin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buluh betung batangnya teduh, Ada berduri ditebang orang; Sungguh beruntung orang bodoh, Ke mana pergi digelakkan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Helang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Gamat berkain bali, Sayang teduh bayang siapa; Selamat tuan pergi, Saya di rumah tidak mengapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bila nangka mahu diperam, Carikan tempat yang teduh; Bila muka selalu masam, Kawan dekat akan menjauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang di tempat teduh; Jauh adat datanglah bala, Bala datang umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| teduh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup, Berantonim dengan lebat
2. Bersinonim dengan redup: muram, suram, Berantonim dengan cerah
3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,
| Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan, |
|
Puisi |
---|
|
Hari petang nampaknya teduh, Orang berjalan sebelah kiri; Pokok ditanam kalau tumbuh, Harapkan buah balasan budi.
Lihat selanjutnya... |
|