Pantun |
Sumber |
Tema |
Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Batang meranti anak meranti, Batang sesah anak sesah; Tunggang mati tidakkan mati, Tunggang susah tidakkan susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Susah menyesah kain basah, Rama-rama terbang ke mari, Usah resah usah gelisah, Sama-sama jatikan diri. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Susah payah memetik kacang, Kacang ada di sawah bendang; Usah mengharap kasihnya orang, Ada musim baru bertandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sungguh susah mencari terubuk, Apatah lagi menggunakan jala; Sungguh rendah hati si bongkok, Ke mana pergi menundukkan kepala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh susah sakit meracau, Diubat orang pakai manisan; Sungguh indah kulit berpanau, Dilihat orang bagaikan lukisan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| susah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,
2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat
3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,
| Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan, |
|
Puisi |
---|
|
Tetaklah nipah bersusun nipah, Buluh muda pancung sekali; Duduklah susah berdiri susah, Badanku muda langsung sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 323 Into every life a little rain must fall Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|