Pantun |
Sumber |
Tema |
Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Subuh-subuh orang mengaji, Supaya banyak dapat pahala; Sungguh-sungguh abang berjanji, Supaya tidak mendapat bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Subuh-subuh orang memindang, Supaya dapat pegi ke sawah; Sungguh-sungguh abang meminang, Supaya cepat kita menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ogah-ogah di dalam bandul, Batang kelapa dalam padinya; Sungguh-sungguh tiada padul, Manakan lupa dalam hatinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Satu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh; Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik kuda pakai pelana, Kuda ditambat perdu buluh; Jangan tuan bena tak bena, Kalaulah sungguh katakan sungguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh lemaknya pati santan, Masak sira buat sarapan; Aduhai lemahnya anak watan, Malas berkira masa depan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Sungguh banyak perahu pemukat, Sesudah berkayuh terasa letih; Sungguhlah bijak pemangku adat, Mana yang keruh menjadi jernih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh baik berbaju pandak, Pendeknya sedang dalam setara; Sungguhlah baik laku si pekak, Diejek orang didiamkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh lebar perigi batu, Dilangkahi orang tiada tetap; Sungguhlah sabar hati si bisu, Dimarahi orang tiada menjawab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| sungguh | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sangat ( amat, terlalu, nian, betul, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan memang ( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan, |
|
Puisi |
---|
|
Ogah-ogah di dalam bandul, Batang kelapa dalam padinya; Sungguh-sungguh tiada padul, Manakan lupa dalam hatinya.
Lihat selanjutnya... |
|