Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana tali tidakkan kusut Dipegang saja tidak dapat; Bagaimana janji akan kuikut, Abang sudah berubah niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga ros dalam pasu, Mari tudung dengan kain; Janji tuan janji palsu, Janji sudah berubah lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lama tidak ke rimba, Pandan berbuah sudah kini; Sudah lama tidak berjumpa, Badan berubah sudah kini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Encik Man tukang kepiah, Kepiah beludu jahit sehari; Kepada tuan tidak berubah, Sudah dituju di jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lama tidak ke rimba, Balam beranakkan anak merbah, Hinggap di daun bersela-sela; Sudah lama tidak berjumpa, Dendam tidak akan berubah, Dianggap baru bagai semula. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun buluh sudah berebung, Bukunya tidakkan mahu patah; Walaupun tubuh hamba dipancung, Cintaku tidak akan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang keranji di tengah halaman, Disangka tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Diharap tidak berubah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
Puisi |
---|
|
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 298 The leopard cannot change its spots Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah. Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose! Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|