| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Yang disebut berkain sarung, Kain disarung pengganti celana; Malangnya ikut pemimpin serong, Mainnya serong hati ke betina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau selalu berkain sarung, Lambat-laun duduk tersingkap; Kalau selalu bermain serong, Lambat-laun masuk ke lokap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila hari semakin mendung, Berhenti segera jangan belayar; Apabila laki bermain serong, Tunjuki dia jalan yang benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Untuk apa berkain sarung, Kerana susah berkain lepas; Untuk apa bermain serong, Kerana di rumah main tak puas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Waktu menteri berkain sarung, Kaki terantuk ke tepi meja; Begitu isteri bermain serong, Laki terduduk berputih mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Terubuk masin enak rasanya, Jadi sebutan para pelancong; Tumbuk rusuk rasuah katanya, Orang berbudi dipandang serong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Apabila cukup bilangan hari, Tepati janji jangan berbohong; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bermain serong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sudahlah kaki tidak dibasuh, Kepalanya pula diberak burung; Sudahlah laki tidak senonoh, Mentuanya pula berbuat serong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Banyaklah buah berselang seling, Berangkai panjang ujung-ujungan; Banyaklah tuah orang nan juling, Pandai memandang serong-serongan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Anak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | serong (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pencong: herot, bengot, benyot, rencong, sayung, genjang, condong, mengok, mengot, senget, miring, sendeng, sadak, tuding, tubing, mendoyong, jeneng, gendeng, sondai, sinting, serendeng, reyok, melereng, ruyung, kencong, mencong, menceng, mengsol, Berantonim dengan tegak
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan tidak jujur, curang, tidak lurus, selingkuh, kongkalikong, palsu, pura-pura, culas, selingkuh, Berantonim dengan amanah
| | Kata Terbitan : menyerong, menyerongkan, keserongan, |
|
|