Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kelip-kelip api di kapal, Baru sedar pasang pelita; Air mata jatuh ke bantal, Baru sedar menanggung derita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cadar dihampar di atas padang, Bakar setanggi bunga kecubung; Sedar diri dagang menumpang, Tinggi pipi dari hidung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak pipit terbang seratus, Mari hinggap di tapak tangan; Tak sedar kainku putus, Tuan tak kulepas kepada tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Riang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga selasih dibawa melayang, Bunga pudak dalam padi; Orang kasih saya tak sayang, Baru sedar dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan nyala sembarang nyala, Nyala berlesau terbakar duri; Bukan gila sembarang gila, Gila sasau tak sedar diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Budak menembak tiga sekawan, Sagun berderai di atas tikar; Pesan saya lupalah jangan, Lupalah jangan di dalam sedar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari teluk ke Tanjung Tamping, Anak Riau memanjat pagar; Sudah terpeluk pinggang yang ramping, Hari siang haram tak sedar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| sedar (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek, Berantonim dengan tidur
3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung, Berantonim dengan jahil
| Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 563 Sweep your own doorstep clean Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar,'' ka Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|