Pantun |
Sumber |
Tema |
Biji cempedak boleh direbus, Sudah masak sedap rasanya; Hati kemak kasih terputus, Duduk tegak gelap dunianya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Susahlah hati anak siamang, Sakit dada makan tak sedap; Susahlah hati hendak meminang, Duit tak ada badan berkurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jikalau hari mulai gelap, Cepat-cepat pasang pelita; Jikalau hati mulai tak sedap, Cepat-cepat meminang hamba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pak Ajikik pandai bercerita, Sauk terkenal kerana tentera; Tercekik makan hati berkata, Lauk sedap tiada selera. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau cik tuan mengancing pintu, Daun dedap di dalam perigi; Kalau tuan kata begitu, Alangkah sedap di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| sedap (adjektif) | 1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit, Berantonim dengan hambar
2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
| Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada kaca di pintu, Bunga dedap dalam padi; Kalau ada kata begitu, Barulah sedap dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
|