Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang ringan sama diangkat, Bila berat pikul sendiri; Orang penyegan suka menjilat, Makan kuat sebakul sehari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Besarlah buah batang terap, Dipepak ringan di api layu; Besarlah tuah orang berkurap, Penat tangan kaki bergaru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tanjung Darat Bukit Seringan, Tempat taman raja berjuntai; Harapku berat langit nan ringan, Mati kempunan lamun tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kata adat kata bermakna, Buat kajian nyatalah betul; Kita seadat sama sebangsa, Berat ringan sama dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Adat jangan dibawa cabul; Bila bersatu umat kan teguh, Berat ringan sama dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Asah parang tajam-tajam, Hendak menebang pokok berangan; Makanan sekarang bermacam-macam, Ada berat ada ringan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tabiat Melayu suka memberi, Dengan sahabat ataupun teman; Sepakat Melayu sama sehati, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau meniup seruling bambu, Badan yang penat terasa nyaman; Kalaulah hidup saling membantu, Beban yang berat terasa ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| ringan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mudah: senang, ringkas, enteng, gampang, Berantonim dengan sukar
2. Bersinonim dengan kecil: remeh, enteng, tidak penting, tidak mustahak, Berantonim dengan penting
| Kata Terbitan : meringankan, memperingan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Lihat selanjutnya... |
|