Pantun |
Sumber |
Tema |
Rebah pancang hanyut perahu, Dibawa arus ke tengah laut; Entah sayang entahkan rindu, Badanku kurus fikiran kalut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rebah tiang robohlah rumah, Manakan dapat dihuni lagi; Sudah bertunang barulah singgah, Manakan dapat kami berjanji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana rebah tidak ditakuk, Batang keladi tidak berdaun; Bagaimana hamba tidak merajuk, Datang sehari pergi setahun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana padi tidakkan rebah, Dipijak kambing bersama badak; Bagaimana bini tidakkan marah, Dia bunting awak merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang nangka putik sejari, Rebah ke tanah lapuk terbuang: Abang menyangka adik sendiri. Rupanya sudah duduk bertunang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang nangka putik berhulu. Rebah ke tanah diinjak hadak: Abang menyangka adik menunggu. Rupanya sudah beranak pinak. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang nangka berputik juga, Rebah ke tanah rantingnya patah; Abang menyangka adik setia. Rupanya sudah berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau ada batang nan rebah, Batang tumbuh dihujung tanjung; Kalau yang datang kami sembah, Kalau tak datang kami junjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukannya batang tak mahu rebah, Di baliknya ada semut api; Bukannya abang tak mahu berubah, Adik yang suka bermain api. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| rebah (kata kerja) | Bersinonim dengan tumbang, runtuh, roboh, jatuh, rebak, reban, rampak, jahanam, binasa, musnah, rosak,
punah, ranap, ranah, hancur, berkecai, meledos;, | | Kata Terbitan : rebah-rebah, merebahkan, rebahan, |
|
Puisi |
---|
|
Belah batang penjara padi, Rebah padi dipukul ribut; Adik saya datang ke mari, Tanda kasih seumur hidup.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 266 A house devided against itself cannot stand Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah. Berpecah membawa rebah We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand. Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - berpecah membawa rebah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|