Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang hendak biarlah pendek, Untung pendek kain tak dalam; Orang pesek biarlah pesek, Hidung pesek penciuman tajam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbung betung di tepi tasik, Kalau tasik banyak buntalnya; Sungguh untung berlaki pendek, Walau pendek banyak akalnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Baju pendek pakaian serani, Kaki lima tempat bersembang; Sungguh pelik di hati kami, Lelaki sekarang berambut panjang. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Pisang pendek disambar helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Dagang terselit di tempat orang, Baiklah fikir membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Galah pendek penjolok terung, Masak sebiji dimakan tupai; Awaklah pendek gemuk gedempung, Hendak berbini tinggi semampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Suluh buntung si kaki pendek, Tempat menaruh buah pedada; Sungguh beruntung berlaki pendek, Dapat menyorok di celah dada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayangnya pedang bergagang pendek, Hendak mencencang tiada berguna; Kupandang abang berhidung pesek, Hendak mencium sesaklah nyawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak buaya berkaki pendek, Bila berenang suka menyelam; Awaklah tua berbini cantik, Disapa orang muka pun masam. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang disebut berseluar sampak, Celananya pendek tidak berbaju; Orang tak takut berbuat bengak, Di rumah baik di luar menghantu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| pendek (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa, Berantonim dengan lama
3. Bersinonim dengan ringkas: singkat Berantonim dengan panjang
| Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang.
Lihat selanjutnya... |
|