Pantun |
Sumber |
Tema |
Lama sudah pelita padam, Mahu dipasang tak ada sumbu; Lama sudah cinta kupendam, Mahu berterang lidahku kelu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cari kapas hutan Merlimau, Padam api tinggal bara; Kalau lepas mulut rimau, Tempuh lalang takut juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sejak nasi menjadi bubur, Akal padam badan mengeram; Sejak babi menjadi mandur, Halal haram dimakan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang pelita jangan dipadam, Bila padam gelaplah dunia; Yang cinta jangan dipendam, Bila dipendam hidup merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kemuning kayu di rimba, Mari digenggam padam baranya; Putih kuning tidur di riba, Bentangkan tikar banyak bahayanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh bertuah kuali pesuk, Pesuknya membuat api padam; Sungguh bertuah berbini gemu. Gemuknya dapat menjadi tilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau bermalam di tengah jalan, Jangan selalu berasa khuatir; Kalaulah padam nyawa di badan, Di batu nisan cinta kuukir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jikalau malam orang berakit, Setelah siang badan pun lesu; Jikalau padam bintang di langit, Barulah hilang kasih sayangku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menekat serta menyulam, Terlalu asyik banyak yang pening; Abang ibarat pelita padam, Sumbu pendek minyak pun kering. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| padam (kata kerja) | 1. Dalam konteks api bersinonim dengan mati, pudur, melindap, Berantonim dengan menyala
2. Dalam konteks kemarahan bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang, Berantonim dengan meluap
3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus, Berantonim dengan menjelma
| Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Lihat selanjutnya... |
|