Pantun |
Sumber |
Tema |
Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dibilang kata disebut adat, Di balik adat banyak maknanya; Sebarang kerja mengikut niat, Baik niat nampak faedahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Niat hati semula hendak ke pulau, Kerana gelombang payah berkayuh; Hajat semula hendak bergurau, Rupanya abang bersungguh-sungguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Niat hati menjerat kijang, Kijang sudah mati terbunuh; Hajat hati memikat abang, Abang sudah pergi menjauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Niat hati menjaring rusa, Rusa sudah balik ke padang; Hajat hati menyunting bunga, Bunga sudah dipetik orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Niat hati memasak sayur, Sayang segan menggiling lada; Hajat hati hendak menegur, Sayang tuan berpaling muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Niat hati mencacak pancang, Hari senja tidaklah jadi; Hajat hati hendak meminang, Apa dayaku orang tak sudi | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Niat hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai; Berat hati hendak berkunjung, Hidupku papa badan tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Niat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adapun niat yang diniatkan, Niat senonoh mencari berkat; Adapun adat yang diadatkan, Adat tumbuh dari muafakat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| niat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak,
cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,
2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,
| Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat, |
|
Puisi |
---|
|
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.
Lihat selanjutnya... |
|