Pantun |
Sumber |
Tema |
Wangilah minyak kayu cendana, Dapat menjadi ubat penawar; Hatilah muak dirayu juga, Lambat kaki tangan menampar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hendak retak retaklah tangga, Tiang tidakkan mahu rebah; Hendak muak muaklah dinda, Abang tidak berpaling tadah. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang selasih buahnya banyak, Setiap hari diambil orang; Orang kukasih sudahlah muak, Ke mana lagi hamba menumpang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana nasi takkan ditanak, Nasi yang ada dimakan kucing; Bagaimana hati tidakkan muak, Janjilah lupa jangan berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila selasih sudah masak, Tak lama lagi gugur ke tanah; Bila kekasih sudah muak, Ke mana pergi hati gelabah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Laut bukan sebarang laut, Laut dalam ombak menggunung; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut tajam muak sekampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau barjalan tertatih-tatih, Nampak bagai sedang merangkak; Kalau berkawan tindih-menindih, Tengah beramai orangkan muak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jalan -jalan naik ke puncak, Di sana ada lotong dan ungka; Jangan-jangan adik dan muak, Setiap bersua memalingkan muka. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jalan-jalan naik ke puncak, Di sana ada lotong dan ungka; Jangan-jangan adik dah muak, Setiap bersua memalingkan muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lain padang lain rumputnya, Rumput panjang padang kan semak; Lain orang lain mulutnya, Mulut lancang orang kan muak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| muak (adjektif) | 1. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, lugu, majal, pasai,
2. Bersinonim dengan mual: loya, meluah, meluak, dugal, enek, meloyo,
3. Bersinonim dengan menyampah: meluat, berbulu, getik, jijik, benci,
|
|
|